Thursday 15 December 2011

Kata Seru ( Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4)

Kata Seru ( Tatabahasa Bahasa Melayu Tahun 4)
1) Kata Seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang seperti marah,hairan,sedih,takut,terperanjat dan sebagainya.
2) Cara penggunaan Kata Seru disesuaikan dengan intonasi pengucapan,iaitu dengan nada meninggi atau menurun.
3) Kata Seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
Kata Seru
       Perasaan
  Ayat Contoh
Aduh          
Sakit,
kagum

1. Aduh,sakitnya kepalaku !
2. Aduh,pantasnya dia berlari !
Aduhai
Sedih,simpati,
rintihan
1.Aduhai,malang sungguh nasibku !
2.Aduhai,malangnya nasib orang itu !
Ah
Tidak setuju atau menolak sesuatu
1.Ah,jangan pedulikan budak nakal itu !
2.Ah,itu alasanmu semata-mata !
Amboi
Kagum,hairan
1.Amboi,cantiknya lukisan itu !
2.Amboi,beraninya dia !
Ceh
Mengejek,kesal
1.Ceh,orang yang tidak tahu malu !
2.Ceh,hidung tidak mancung,pipi tersorong-sorong !
Cis
Marah,tidak suka,mengejek
1.Cis,berani engkau dating ke sini !
2.Cis,jangan kau jejakkan kaki ke sini lagi !
Eh
Hairan,terkejut ,
terperanjat
1.Eh,tadi buku saya ada di sini !
2.Eh,kenapa dengan kamu !
Hai
Menegur seseorang
atau menarik perhatian
1.Hai,agak lama kita tidak berjumpa !
2.Hai,selamat berkenalan !
Oh
Hairan,kecewa,
terkejut
1.Oh,Tuhanku,ampunlah dosaku !
2.Oh,sanggup kamu mempermainkan saya !
Syabas
Gembira
1.Syabas,kamu telah berjaya !
Wah
Kagum,hairan
1.Wah,besarnya rumah itu !
2.Wah,dahsyat sungguh bencana itu !
Wahai
Sedih untuk menarik perhatian
1.Wahai anakku,usahlah disia-siakan usia mudamu !
2.Wahai murid-muridku,berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi masa depanmu !

No comments:

Post a Comment