Monday 26 December 2011

BUAH-BUAHAN TEMPATAN


Malaysia merupakan sebuah negara yang mengalami iklim yang panas dan lembap sepanjang tahun, disebabkan ia terletak pada kawasan Khatulistiwa. Iklim yang stabil sepanjang tahun ini membolehkan penanaman pelbagai jenis tanaman buah-buahan, yang dinamakan buah-buahan tropika. Buah-buahan di Malaysia boleh dikelaskan kepada 2 kategori, iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Sebahagian daripadanya ditanam secara komersial untuk nenambahkan hasil pendapatan negara, dan sebahagian lagi adalah ditanam untuk keperluan penduduk tempatan, dan ini dikenali sebagai buah-buahan tempatan. Berikut adalah buah-buahan yang biasa ditanam di Malaysia.
 Buah-buahan tempatan adalah seperti berikut:
A) Durian
Nama Biasa : Durian Nama Saintifik : Durio zibethinus Murr
Famili:Bombaceae

   Asal
Durian adalah dipercayai berasal dari Gugusan Pulau-pulau Melayu. Spesis lain yang terdapat di Malaysia dari genus Durio dan buahnya boleh dimakan adalah termasuk Durio oxyleyanus, D. graveolens, D. dulcis dan D. kutenjensis.
Kawasan Utama Tanaman
Durian didapati ditanam di semua kawasan di Malaysia dan kawasan utama penanaman secara komersial ialah di Perak, Kedah, Kelantan dan Pahang.
Kandungan Zat Makanan
Komposisi nutrien dalam durian adalah seperti berikut:
Nutrien
Unit/100 g bybm
Tenaga
153 kcal
Karbohidrat
27 g
Kalsium
40mg
Zat Besi
1.9 mg
Vit. A (Carotene)
150 mg
Vitamin B1
0.1 mg
Vitamin B2
0.13 mg
Vitamin C
23.3 mg
Lemak
3.4 g
Protein
2.7 g
Kegunaan
Di Malaysia, durian merupakan buah yang paling popular untuk dimakan segar dan telah buah yang sangat digemari oleh pengguna. Buah durian boleh dimasak menjadi lempok, jam dan tempoyak. Buah durian juga bolehdiproses dijadikan serbuk.Percubaan telah dibuat untuk mengeksport durian dalam bentuk sejukbeku. mengeksport durian dalam bentuk sejukbeku.





B) BELIMBING




Belimbing atau carambola dipercayai berasal dari Malaysia dan Indonesia. Orang-orang Portugis memanggilnya carambola yang bermakna “makanan pembuka selera”. Buah ini tersebar ke seluruh dunia dengan khasiat perubatannya. Nama saintifik belimbing “averrhoa carambola” pula berasal daripada nama seorang doctor Arab, Ibnu Rushd. Kini buah belimbing banyak ditanam di Johor, Selangor dan Negeri Sembilan.
Terdapat dua jenis belimbing yang popular ditanam di sini. “B10”, kulitnya bewarna kuning oren bila masak, berjus, mempunyai rasa yang enak dan bertekstur halus. Manakala “B17” yang juga dikenali sebagai “Belimbing Madu”, lebih lonjong buahnya, bewarna kekuningan bila masak, lebih rangup tetapi bersabut sedikit teksturnya.
Belimbing mengandungi paras Vitamin C yang tinggi. Belimbing dipercayai mempunyai kesan karminatif terhadap saraf otak dan boleh mambantu dalam mengurangkan tekanan darah tinggi.  
C) BETIK


Tiada buah yang lebih sinonim bagi penduduk di Negara-negara tropika selain buah betik. Namun dari mana asalnya masih belum dapat dipastikan. Ramai yang berpendapat buah betik mungkin terhasil dari gabungan dua atau lebih spesis Carica, buah yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah. Kini, betik ditanam di kebanyakan Negara beriklim tropika, termasuk Malaysia yang banyak ditanam di Johor, Perak dan Selangor.
Terdapat dua jenis betik yang ditanam di Negara ini. Betik Eksotika ialah antara yang popular dengan isinya yang merah kekuningan dan kandungan gula yang tinggi. Beratnya ialah di antara 600g hingga 800g. Betik sekakipula yang juga dikenali dengan nama betik “Hong Kong”, berbentuk panjang dan mempunyai saiz dan bentuk yang sama di antara pangkal dan hujungnya. Beratnya ialah 1kg hingga 2 kg. Betik biasanya dimakan segar, tetapi boleh juga diproses untuk dibuat jus, puri, gula-gula, jem dan jeli.
Disebabkan betik mempunyai kesan laksatif, ia boleh dimakan untuk menggalakkan usus menjadi aktif dan sihat. Betik mengandungi enzim papain yang membantu penghadaman protein. Betik sering disyorkan bagi mereka yang menghadapi masalah penghadaman makanan.  
D) MANGGA






Mangga   Mangga merupakan buah kegemaran penduduk Malaysia zaman-berzaman kerana rasanya yang masam manis dan isinya yang berjus. Mangga sebenarnya berasal dari India Timur. Sebab itulah perkataan “mango” berasal dari perkataan Tamil “mangkay”. Di Malaysia, mangga banyak ditanam di Perak, Kedah, Perlis, Melaka dan Kelantan.
Terdapat 216 klon mangga yang diketahui, tetapi yang lebih terkenal ialah “MA224” atau “chokanan” yang berbentuk ginjal. Mangga “Chokanan” ini begitu beraroma dan mempunyai isi bewarna kuning oren apabila masak.
Pada hari ini, mangga juga digunakan untuk membuat jus, kordial, sos buah-buahan, gula-gula, jeruk, jem dan jeli. Namun ia lebih digemari dimakan segar berbanding dengan kebanyak buah-buahan lain.
Buah mangga boleh membantu dalam mengembalikan kecergasan badan. Ia juga mempunyai paras Vitamin C yang tinggi.

E) TEMBIKAI



Tembikai (Citullus lunatus) adalah sejenis buah tropika tergolong dalam keluarga yang sama dengan labu, petola, timu dan peria. Ia dipercayai berasal dari kawasan tropikal di Benua Afrika dan kemudian diperkenalkan ke kawasan Mediteranean dan Asia. Antara Negara-negara pengeluar tembikai yang utama ialah Turki, Amerika Syarikat, China dan Rusia. Penanaman tembikai telah dimulakan di negeri Kelantan pada tahun 40-an dan mula berkembang jenis kacukan daripada Taiwan dan Jepun.
Buah tembikai berbentuk bulat atau lonjong (oblong). Berkulit licin dan warnanya berbagai-bagai daripada hijau muda hingga hijau tua. Beberapa varieti mempunyai jalur. Isinya berwarna putih, kuning krim, merah pucat, merah atau merah tua. Isinya juga berjus dan rangup dan mengandungi 90% air. Biji biasanya berwarna hitam dan tertanam di dalam isi. Ada juga varieti yang tiada biji.
Tembikai tumbuh pada batang menjalar di atas tanah. Batang ini berbulu dan mempunyai sulur paut untuk memanjat. Daunnya bujur dengan pecahan cuping yang dalam. Pokok ini kebanyakannya didebungakan oleh lebah madu.
Di Malaysia tembikai banyak ditanam di negeri-negeri di pantai timur. Ia di tanam untuk kegunaan domestik dan eksport. Dalam tahun 2000, Malaysia mengeksport tembikai yang bernilai sebanyak RM60 juta. Empat pasaran eksport utama tembikai Malaysia ialah Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Brunei. Malaysia menduduki tangga ke 12 antara pengeluar tembikai dunia dan mempunyai 3.1% pasaran saham dunia.
Tembikai biasanya dimakan segar atau diproses untuk dijadikan jus. Ada juga yang dipek di dalam tin atau kotak. Biji tembikai dijadikan snek sama seperti biji bunga matahari iaitu kuaci, yang kaya dengan karbohidrat dan lemak.  

F) JAMBU BATU




Nama tempatan : Jambu Batiu
Nama saintifik : Psidium guajava
Keluarga : Mytaceae
Asal usul tanaman
Jambu Batu dipercayai berasal dari kawasan antara Peru dan Mexico. Ianya tersebar ke merata kawasan tropika dan sub tropika. Di Malaysia kawasan penanaman secara komersil bermula pada pertengahan tahun 1980.
Kawasan Penanaman di Malaysia
Negeri utama di mana banyak guava ditanam secara komersil ialah di Perak, Johor, Selangor dan Pahang.
Kandungan Nutrien
Nutrien
Kandungan /100 gm
yang boleh dimakan
Tenaga
48 kcal
Protein
10 gm
Lemak
1.1 gm
Serat
0.2 gm
Kalsium
37.0 gm
Fosforus
33gm
Besi
1.2gm
Natrium
48.9 gm
Vitamin A
60 mg
Vitamin Bl
0.1 mg
Vitamin B2
0.05 mg
Asid Askorbik (Vitamin C)
1.1 mg

Potensi & Kegunaan
Jambu Batu amat digemari secara makanan buah segar dan secara jus. Ianya juga diproses untuk dijadikan jus, puree dan jem.

G) MANGGIS


Nama Biasa : Manggis
Nama Saintifik : Garcinia mangostana
Keluarga : Guttiferae

Asal
Manggis berasal dari kawasan Asia Tenggara.

Kawasan Utama Di Malaysia
Kebanyakan Manggis ditanam di Negeri Johor, Kelantan dan Perak.
Kandungan Nutrien
Nutrien
Kandungan /100 gm
yang boleh dimakan
Tenaga
34.0 Kcal
Air
87.6 %
Protein
0.6 gm
Lemak
1.0 gm
Karbohidrat
5.6 gm
Serat
5.1 gm
Abu
0.1 gm
  Kalsium
7.0 mg
Magnesium
13.0 mg
Fosforus
13.0 mg
Besi
0.6 mg
Sodium
7.0 mg
Kalium
45.0 mg
Vitamin Bl
0.03 mg
Vitamin B2
0.03 mg
NiacinAscorbik
0.2 mg
Asid (Vitamin C)
4.2 mg
Pokok
Pokok manggis berdaun lebar dan kanopi berbentuk piramid atau berjubah.Saiz kanopi adalah sederhana iaitu antara 9 hingga 12 m.Batang utama lurus dan bercabang simetrikal.
Daun
Daunya berbentuk bujur , eliptik dan disusun bertentangan.Saiz daun berukuran berubah antara15-25 sm panjang dan 7-13 sm lebar. Daunnya tebal dan keras.
Bunga
Bunga berwarna hijau keputihan dan keluar satu persatu atau berpasangan selalu pada hujung cabang.
Buah
Buah berbentuk tangerine kecil dan permukaan atas dan bawah buah rata. Saiz purata buah adalah 6-8 sm bergaris pusat. Kulit buah adalah licin ,berwarna kehijauan dan bertukar warna ke unggu kemerahan apabila masak. Kulit buah (kortex) adalah tebal antara 0.6- 1.0 sm.
Di pangkal buah terdapat kesan 4-8 bekas kelopak stigma yang mengujud sehingga buah masak.Jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah.
H) RAMBUTAN


Nama Biasa: Rambutan
Nama Saintifik: Nephelium lappaceum L.
Famili: Sapindaceae
Asal
Berasal dari kawasan Malaysia-Indonesia.

Kawasan Utama Tanaman
Rambutan didapati ditanam dengan meluas di negeri Perak, Pahang, Kedah dan Kelantan.
Kandungan Zat Makanan
Nutrien
Unit/100 g bybm
Tenaga
59.9
Air
84.7%
Protein
0.7 g
Lemak
0.1 g
Karbohidrat
13.9 g
Serat
0.2 g
Kalsium
22.0 mg
Fosforus
30.0 mg
Besi (Fe)
2.5 mg
Thiamin
0.01 mg
Riboflavin
0.04 mg
Niacin
0.1 mg
Vitamin C
38.6 mg
Kegunaan
Buah rambutan dimakan segar atau dikalingkan dan juga boleh dibuat jem.
Pokok
Mempunyai kanopi yang rimbun dan rendang dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 m.
Daun
Daun rambutan adalah jenis kompaun tersusun berpasangan secara berselang-selang dan mempunyai 3-9 anak daun.
Bunga
Bunga rambutan bersaiz kecil (0.5 cm lebar). Bunga-bunga ini terdapat dengan banyaknya dalam satu jambak bunga di hujung ranting. Bunga rambutan tidak mempunyai kelopak bunga, tetapi ada 4-6 sepal yang berwarna kuning muda dan berkilat serta tidak berbulu.
Buah
Buah rambutan terdapat dalam satu tangkai di hujung ranting. Buah rambutan berbentuk bujur atau hampir bulat berukuran lebih kurang 5 cm. Buah muda berwarna hijau dan menjadi kunung atau merah apabila masak. Kulit buah mempunyai rambut berukuran 0.8-1.0 cm dan berwarna merah atau kuning. Kulit buah nipis dan senang dikopek dan tidak melekat pada isi. Isinya manis dan berjus.


2 comments:

  1. Assalamualaikum salam sejahtera warga groupπŸ“’
    πŸ’ Sy nk mintak tolong viralkan berita baik ni yeπŸ“’πŸ˜‰

    1) Ni berkenaan kisah hidup pesakit lutut kronik dan masalah saraf sendi2 dan juga kisah hidup pesakit kanser stage 1 sampai stage 4, pesakit gout kronik dan juga produk yg berpatutan harga nya tapi kesannya setanding ubat harga mahal ribuan ringgit.

    2)Dah ramai yg sembuh dengan penawar herba beliau. Kanser yg sudah merebak ke organ-organ lain pun boleh diubati insya Allah.☺πŸ‘πŸ»

    3)Pengamal perubatan herba ni dah banyak pengalaman berdepan dengan pesakit2 kanser,sakit saraf,sakit lutut dan gout. Ramai yg dh pulih.

    4)Mcm2 kanser blh rawat termasuk leukimia,paru2,limfoma dll.

    5) Puan Rasmani Binti Md Noh psakit lutut kronik yg terpaksa jalan mengesot esot atas lantai dan klau cuba berjalan secara berdiri boleh dengar lutut berbunyi bunyi tulang yg sangat sakit. Hendak masak terpaksa gunakan kerusi sebab xmampu berdiri lama2 dan lepas 6 hari minum dah mampu berjalan lancar dan saraf kaki dah tak tegang dah. Mampu masak berdiri semula. Kesan sangat cepat baru 6 hari minum.

    6) Sepanjang sy kenal ramai pesakit, antara dikalangan kawan-kawan sy juga, pesakit gout pun boleh sembuh dgn cepat , abang sy sendiri minum untuk gout, kalau dlu die bergantung kepada ubat klinik ,sekarang dh sembuh dn gout susah nak dtg dah walau kadang kala ada makan seafood.

    Sy share melalui pengalaman sy sendiri yg mengikuti perkembangan pejuang2 kanser ni....sy sendiri pun guna produk die (jus herba) dah 5tahun setia walaupun sembuh terus juga minum sebagai supplement.

    Jadi skg ni sy rsa perlu share berita ni buat semua supaya masih ade harapan bg mereka yg tercari2 penawar kanser yg tepat .πŸ’ͺ🏼

    ▪Adik Luqman -kanser GIST-Anoerectal Tumor
    Skg sudah sembuh dari kanser.
    ..........................................................................
    ▪️Pn. Hayati Abd Hamid- Pensyarah Kanan UITM, kanser payudara stage 4.
    Skg dh sembuh dn shat walau pon pernah diberitahu oleh doktor yang beliau hanya mampu bertahan 1 tahun saja untuk hidup. Beliau setia dengan jus herba ini selama lebih 6tahun.
    Beliau mengarang sebuah naskah/buku yg mengisahkn pengalaman beliau sepanjang perjuangannya melawan kanser dengan mengambil jus herba ini sebagai salah satu rawatan alternatif (nk buku nti blh order)
    Terkini (2020): Beliau pernah ditemuramah dlm rancangan Selamat Pagi Malaysia di Tv1 menceritakan tentang perjuangan beliau menempuh kanser dari tahap 4 hinggalah sembuh.
    ………………………………………………………………………....
    ▪Adik Izzat b.muhd Ariffin ,kanser Burkit Lymphoma stage 4 sekarang dh sembuh
    Guru nya memberitahu beliau x pernah nampak seperti pengidap kanser tahap 4, kerana sentiasa nampak cergas dengan pengambilan jus yang memberi tenaga dan merawat.Beliau mengambil jus herba ini dr kanser tahap 4 sehingga sembuh.
    ..........................................................................
    ▪Puan Musriharni pesakit asma kronik sejak kecil yang terpaksa menggunakan healer setiap hari. Beliau juga pesakit (GERD) yang menyebabkan berangin satu badan sehingga terasa ke pinggang. Perut membuncit dan mengeras kerana terlampau banyak angin sampai sesak nafas dan anxiety akibat nya menggigil dan seram sejuk.
    Sekarang kesihatan Alhamdulilah semakin baik, gastrik dan anxiety dah takde dan asma pun tak perlu guna healer lagi. Paru2 dah elok semula.
    ..........................................................................
    ▪Puan Rohana Binti Ismail seorang yang cergas dan aktif dalam mendaki gunung termasuk gunung Kinabalu dan lain2 gunung di Malaysia tapi sejak sakit bengkak lutut, segala aktiviti lasak terpaksa dilupakan sehingga nk turun tangga di ofis pun terpaksa turun bagaikan ketam turun tangga sebab lutut bengkak. Setelah minum jus ini, dalam masa 1 minggu saja kaki beliau dah semakin sembuh semula. Bengkak dah surut dan dlm msa 2 mingu saja mampu berjoging kembali, naik bukit dlm 8km jauh nya dah tak sakit2 dah lutut.
    ..........................................................................

    Call order wasap@call- En Mohd Zuhairi 017-4687570

    ReplyDelete