Bahasaku itu indah rupanya
namun,kadangkala tajamnya ibarat
pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar adab santun
Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri
bangsa.
Justeru,saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tidak akan terhakis oleh rempuhan
globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman.
No comments:
Post a Comment